SEORANG ahli sindiket penggodam akaun orang ramai yang telah menyedut lebih RM700 juta dihadapkan di mahkamah New York. Gadis seksi warga Rusia, Kristina Svechinskaya, 21, ini dikatakan menggunakan Zeus Trojan untuk menggodam akaun peribadi dan koprorat.
|
Kristina, gadis penggodam akaun orang. Jelita, seksi dan nakal! |
Turut ditahan dalam operasi terbaru itu adalah 11 ahli lain yang kesemuanya warga Eropah Timur. Mereka adalah di antara 37 penggodam yang telah dihadapkan ke mahkamah kerana menikmati kekayaan dengan cara tidak betul, iaitu menyedut akaun orang lain secara online menggunakan toyol Zeus trojan!
Kristina kelihatan menitiskan air matanya ketika berada di dalam kamar mahkamah. Jika sabit kesalahan, dia dan ahli sindiket penggodam yang terbaru ini boleh dihukum penjara sehingga 40 tahun. Dan kita bayangkan bagaimanakah rupa gadis seksi ini selepas dia keluar dari penjara, 40 tahun akan datang!