KEMATIAN Paul, sotong kureta yang dianggap psikik kerana ketepatan ramalannya tentang beberapa keputusan bola sepak Piala Dunia lalu, kini mencetuskan satu kontroversi.
Ada pendapat mengatakan Paul sebenarnya telah mati, kemungkinan dibunuh 3 bulan lalu, iaitu sekitar Julai 2010, dan tempatnya di dalam akuarium di Haubersaun Sea Life Centre digantikan dengan sotong kureta yang lain! Dan penggantiannya dengan sotong lain dilakukan secara rahsia oleh penjaganya sendiri!
Mempertahankan teori konspirasi kematian Paul ini, Jiang Xiao, seorang penerbit filem mengajak masyarakat dunia menonton filemnya nanti yang berjudul "WHO KILLED PAUL THE OCTOPUS?". Tanpa mahu mengulas lanjut siapa pembunuh si Paul itu, Jiang hanya mahu masyarakat dunia menonton filemnya nanti dan katanya di situ, di dalam filem itu masyarakat dunia akan menemui jawapannya!
Pendedahan terbaru oleh Jiang Xiao ini tentu amat mengejutkan kita. Malah ketika ditanya, Jiang Xiao bertegas mempertahankan dakwaannya itu. Katanya, Paul the octopus sebenarnya telah mati tiga bulan lalu. Tempatnya telah digantikan oleh seekor sotong kureta lain.
"Saya ada sebab untuk yakin bahawa Paul telah mati Julai lalu. Keyakinan saya amat tinggi sehingga 70 peratus!" katanya. Kemudian dia berseloroh dalam sinis: "Semua sotong kureta bersaiz Paul sama, tiada beza. Tiada siapa tahu kalau ada orang menggantikannya"
Ketika ditanya lagi Jiang enggan menjawap panjang tetapi dari air mukanya jelas dia seperti menyimpan rahsia besar di sebalik kematian Paul yang dikatakan mati malam Isnin lalu.
Sementara itu, jurucakap akuarium tempat Paul dibela, tetap mempertahankan Paul mati malam Isnin lalu atas sebab-sebab biasa. Ketika mati umur Paul ialah dua tahun 10 bulan.
Malah, jurucakap itu tidak banyak mengulas pendedahan Jiang Xiao, sebaliknya memberitahu Paul akan dibakar dan abunya akan diletakkan di dalam tempat khas untuk ditonton ramai, beberapa hari lagi.
Jika benar kematian Paul berlaku Julai lalu dan tempatnya digantikan oleh sotong lain, tentu satu dunia ditipu hidup-hidup. Bagaimanapun, tontonlah dulu filem tentang pembongkaran kematian Paul yang didakwa Jiang Xiao akibat dibunuh, Julai lalu.
Kita tunggu filem WHO KILLED PAUL THE OCTOPUS hasil karya dan arahan Jiang Xiao - agensi G