nuffnang ads

Friday, October 22, 2010

PASTIKAN DANA DALAM KWSP TIDAK MEMBOCOR KE SAKU ORANG UMNO

PERLU diingatkan bahawa cadangan membenarkan KWSP melabur 20 peratus di luar negara, adalah satu cadangan yang jika tidak dihalang dan dipantau, akan bertukar menjadi tragedi dan mala petaka besar kepada semua pencarumnya.

Sebelum terhantuk eloklah kita bergaduh. Bukan sedikit dana yang akan dikeluarkan untuk pelaburan itu. Ia membabitkan jumlah yang amat besar. Besar amat-amat.

Kebimbangan kita adalah wang yang dikeluarkan itu akan mengalir masuk terlebih dulu kepada pencacai merangkap orang tengah. Rasionalnya, tidak ada orang luar yang kenal untuk menarik negara ini melabur ke tempat mereka, tanpa adanya orang tengah @  buaya @ naga! Pembabitan orang tengah ini yang sudah tentu adalah orang yang rapat dengan pemimpin yang ada sekarang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Golongan penyangak ini tidak akan bersedia menjadi orang tengah jika urusan itu tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Maka awaslah semua. Pelaburan boleh menjadi mala petaka kepada semua pencarum. Keuntungan belum tentu, kerugian hampir pasti.

Kerajaan sedia ada mesti diingatkan dana di dalam KWSP adalah majoritinya hak pekerja SWASTA! Bukan hak kerajaan atau hak kakitangan kerajaan yang boleh dipergunakan sesuka hati. Hukum menggunakan secara salah dengan niat tidak betul wang milik rakyat yang tidak kering peluhnya mencari sesuap hati adalah haram.

Kata orang jika tidak ada sesuatu, mustahil tempua bersarang rendah. Kalau tidak ada sesuatu mustahil kerajaan membenarkan pelaburan di luar negara sebanyak 20 peratus itu. Kita tidak mahu melihat wang KWSP digunakan seperti wang mak bapak penyangak yang sedang menunggu itu. Itu adalah wang rakyat yang sebahagian besarnya adalah golongan melarat.

Jujur dikatakan, kerajaan tidak akan berani menjamin dividen sehingga 10 peratus kalau itu dijadikan syarat pelaburan luar negara boleh dilakukan oleh KWSP. Silap-silap selepas dana sebegitu banyak keluar, kerugian yang pencarum dapat. Silap-silap dividen paling rendah  dalam sejarah penubuhan KWSP akan tercatat!

Seperkara lagi kita bimbang wang yang membocor menerusi banyak lubang nanti akan menjadi habuan untuk kegunaan pilihanraya. Ini bukan bertujuan untuk berburuk sangka, tetapi untuk mengingatkan bahawa wang KWSP bukan wang kerajaan pada hukum sebenar.

Maka sebelum sesuatu buruk berlaku dalam dana KWSP adalah baik jika cadangan pelaburan di luar negara ditangguhkan sebab keadaan pada hari ini tidak pernah menyakinkan rakyat lagi. Sekali terhantuk silap. Dua kali terhantuk salah. Tapi kalau tiga dan empat kali terhantuk, maknanya kita bodoh. Maka oleh sebab pencarum tidak mahu dianggap bodoh, marilah kita mendesak cadangan itu ditangguh atau dibatalkan.

Kalau mahu juga melabur, gunakan dana lain. Minta daripada broker atau kroni yang telah kaya-raya kini!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10