nuffnang ads

Saturday, October 16, 2010

PASANGAN 'MELEKAT' TIPU DI BLUE LAGOON

ZAMRI dan JOHARI memerhati penuh pegun keadaan kereta proton lama berwarna biru laut itu. Sesekali dilihatnya kereta itu seperti perahu beroleng dilambung ombak.

Celaka betul! Betul-betul celaka dengus Zamri. Johari mengetap bibirnya. Kedua-duanya tidak menyangka, lorong kecil menuju semak di bawah sepohon besar Bitangor Laut itu boleh memuatkan sebuah kereta. Hajat mereka untuk ke tapak Hang Tuah, terus dibatalkan.

Serbu aje! Zamri tidak dapat menahan marah. Siang-siang hari berani betul pasangan itu membuat maksiat, bisik hati Johari. Maka dengan langkah penuh geram dan ingin tahu mereka pun mendekati kereta yang masih berombak-ombak itu.

Sial betul! Betul-betul sial! Zamri menggeleng-gelengkan kepalanya demi terlihat pasangan yang tidak berbalut kain di dalam kereta di tempat duduk belakang itu.

Sepasang kekasih keturunan India rupanya sedang bermukah! Seperti Zamri dan Johari, pasangan itu juga terkejut bukan kepalang. Nampak dari raut wajah mereka seperti cerita Zamri, masih dalam umur 20-an.

"Kamu pergi balik! Jangan nak buat maksiat dekat sini!" Zamri menyergah supaya pasangan itu meninggalkan tempat berkenaan kerana hatinya sakit sangat. Peliknya pasangan itu bagaikan tidak bolegh berpisah. Selalunya, kalau pasangan lain disergah ketika bermukah, akan kelam-kabut tetapi pasangan ini dalam keadaan bogel hanya memandang ke muka Zamri. Sekejap kemudian ke muka Johari.

Ketika itu menurut Zamri, dia terdengar pasangan lelaki itu bercakap perlahan dalam bahasa Tamil. Tapi Zamri tidak faham.

Ketika Zamri mengacah akan memukul dengan tongkat kayu yang dibawanya sekali itu, barulah dia terdengar suara pasangan lelaki itu seperti merayu.

"Ayo abang, Tolonglah...tak boleh bukalah!"

 Zamri tidak faham tapi Johari menyikunya. "Melekat tu!"

 Pasangan lelaki India itu meminta Zamri memanggil bantuan ambulans kerana mendakwa dia kejang dan tak boleh berpisah daripada tubuh pasangan wanitanya.

 Zamri dan Johari saling berpandangan. Cerita pasangan berzina dan melekat di situ pernah didengar dulu. Fikirnya, tentu kejadian itu berulang pada pasangan ini. Tanpa berlengah dia menarik tangan Johari. Dari marah timbul kasihan dan bimbang. Hajat Zamri mahu menunggang motosikalnya bersama Johari ke Hospital Port Dickson. Kasihan pula dia bila terpandang muka pasangan lelaki tadi yang seperti mahu menangis.

 Tapi hari Ahad itu memang hari celaka buat Zamri dan Johari. Masing-masing memarahi diri sendiri sebab ketika motosikal yang mereka naiki sedang menongkah bukit tidak jauh dari kem tentera, mereka ternampak sebuah kereta proton lama warna biru laut, memecut laju memotong motosikal yang mereka naiki.

Broooommm.....Zoooommm...entah berapa kelajuan kereta lama itu dipecut, Zamri dan Johari tidak tahu. Yang mereka tahu, pasangan India yang bermukah tadi telah jauh meninggalkan mereka. Hidup-hidup mereka kena tipu! Bergantang sumpah terhambur dari mulut masing-masing.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10