Ariel dipercayai panas, didesak polis selepas ribuan anggota pertubuhan Forum Pembela Islam (FPI) mengugut akan menangkap Ariel dan mencampakkannya ke mahkamah jika penyanyi kumpulan Peterpan itu dibebaskan pada 23 Oktober ini seperti rancangan awal polis.
Luna Maya (kiri) menangis mengiringi Ariel ke penjara Bandung hari ini |
Dengan pengakuannya itu, Ariel tidak boleh dibebaskan dan dia dipindahkan hari ini ke penjara Bandung dan akan didakwa di mahkamah Bandung berdasarkan tempat kesalahan itu dilakukan.
Ketua Penerangan Jabatan Kehakiman, Babul Khoir Harahap, memberitahu media Indonesia, dengan pendedahan itu pihak penyiasat akhirnnya berjaya menyiapkan kertas siasatan, selepas Ariel tidak mahu membuka mulut selama ditahan 120 hari.
Hari ini juga, Luna Maya dijemput sepasukan polis dan dibawa berjumpa Ariel. Luna Maya yang kini kekasih sebenar Ariel, mengaku akan mengiringi kekasihnya itu ke penjara Bandung.
Video lucah membabitkan hubungan seks Ariel, Luna Maya dan Cut Tari tersebar begitu pantas dan FPI kesal jika tindakan keras tidak diambil ke atas Ariel. Pertubuhan itu mendakwa mempunyai bukti 33 gadis bawah umur telah terlanjur sejak menonton video itu yang diperolehi dengan mudah di seluruh Indonesia.