nuffnang ads

Sunday, October 24, 2010

PAKAR GAJAH TERBUNUH, DIHEMPAS GAJAH KENDALIANNYA

Jeniffer (kiri) amat sedih dengan kematian Jamieson. (Gambar oleh sahabat saya Shoole)

SEORANG pakar gajah Australia yang bertugas di Bostwana, terbunuh semalam apabila seekor daripada sekumpulan gajah di bawah kendaliannya, tiba-tiba memaut badannya menggunakan belalai dan menghempasnya ke tanah menyebabkan dia mati serta-merta.

Jamieson (kanan) bersama kekasihnya Jeniffer ketika bertugas di Bostwana.
Nathan Jamieson, 32, bertugas di Bostwana sejak April lalu, bersama kekasihnya, Jeniffer Conaghan. Jurucakap kementerian luar negeri mengesahkan tragedi itu.

Adik kembar Jamieson, Heath dan adik perempuannya Kate, 28, bergegas dari Sydney ke Afrika sejurus dimaklumkan kejadian itu bagi menenangkan Jeniffer yang dikatakan terlalu sedih dengan kejadian itu. Jeniffer dan Jamieson sepatutnya meraikan hari jadi Jeniffer semalam, tetapi tidak sempat selepas terbunuh dihempas gajah yang naik minyak.

Sebelum ini Jamieson bekerja di salah sebuah zoo di Australia, tetapi berhenti untuk berubah angin bekerja di Afrika.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10