nuffnang ads

Wednesday, October 13, 2010

MUKTAMAD: KERAJAAN TIDAK HARAMKAN BLACKBERRY

KERAJAAN selepas meneliti dan berbincang dengan pelbagai pihak termasuk Research In Motion (RIM) pengendali telefon pintar Blackberry akhirnya mengambil keputusan muktamad tidak akan mengharamkan penggunaan telefon itu di negara ini.

Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Komunikasi Multimedia, Datuk Seri Rais Yatim, mengumumkan keputusan kerajaan itu sebentar tadi, ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Menurutnya, Malaysia tidak akan mengikut tindakan yang diambil oleh Arab Saudi, Indonesia dan India menyekat penggunaan telefon pintar itu sebaliknya menyifatkan telefon berkenaan amat berguna, terutama kepada golongan perniagaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10