Kagumnya aku pada projek Little India ini! |
Malah tanpa segan-silu dia mengakui Perdana Menteri India, Manmohan Singh juga pasti tertarik apabila datang untuk merasmikan kawasan perniagaan majoriti keturunan India itu. Baguslah.
Chinatownn di Petaling Street pun telah berjaya kerajaan bangunkan. Jadilah kawasan itu lubuk duit bagi peniaga keturunan Cina. Baguslah.
Cuma tertanya di hati, di mana pula Little Melayu di tanah Melayu ini. Mungkin bolehkah kita memanggil Obama atau Manmohan Singh datang melawat Little Melayu di Jalan Kebun Klang, atau Little Melayu di Ulu Tiram, Johor atau Little Melayu di Baling, Kedah atau Little Melayu di Pasir Panjang, Negeri Sembilan atau Little Melayu di Sungai Besar, Selangor untuk dijadikan tarikan pelancong asing sekaligus membantu peniaga Melayu yang menjual nasi lemak, sirap dan goreng pisang?