Harun didakwa membunuh rakannya, Fahmi Iswandi dengan menghentak kepala mangsa menggunakan tukul. Selepas Fahmi terbujur, Harun melapah beberapa bahagian badan mangsa. Dia kemudian mengambil jantung dan beberapa organ dalam tubuh Fahmi sebelum dimakannya mentah-mentah.
Harun kemudian menghirup darah kawannya itu dan berasa boleh menjadi kebal. Tapi keadaan bertukar sebaliknya, apabila dia diberkas polis dan selepas siasatan, dia mengaku melakukan perbuatan tidak bertamadun itu untuk melengkapi ilmu kebalnya.
![]() |
| Harun yang dituduh membunuh kawan sendiri menunjukkan muka bodoh macam biawak tersangkut di jaring ketika disoalsiasat polis. |
