MULA-MULA Ceupacs ucap terima kasih sebab kerajaan sedia hulurkan sumbangan RM500 untuk kakitangan kerajaan yang layak.
Tapi selepas itu Cuepacs berharap kerajaan masih boleh mempertimbangkan pemberian bonus kepada 1.2 juta kakitangan kerajaan. Yang ini banyak orang tak faham. Lagi-lagi bonus, lagi-lagi bonus. Orang kampung pun reti kenapa kerajaan tak bagi bonus.
Harap-harap Cuepacs faham fungsi perjuangan bukan berpaksi pada bonus semata-mata. Ingatlah pada orang kampung, nelayan, penoreh getah, rakyat sakit yang tak bekerja. Mereka itu bukan 1.2 juta tapi lebih 20 juta orang semuanya.
Mungkin ada baiknya Ceupacs lebih tumpukan perhatian kepada cara untuk mengurangkan rasuah (contoh paling baru kenapa sampai kakitangan imigresen ditahan mengikut ISA) Atau fikirkan cara bagaimana mengatasi masalah pelanggan menunggu lama di kaunter jabatan kerajaan, Atau fikirkan bagaimana cara untuk mengatasi kerenah birokrasi seperti masalah aduan rakyat sehingga dua tahun tidak dipedulikan. (Tanya Datuk T Murugiah kalau tak percaya)
Jangan hanya fikirkan bonus semata-mata. Bila sampai bajet, cerita bonus. Bila sampai bajet, cerita bonus. Elok-elok rakyat yang kerja sendiri dan kerja swasta suka, nanti jadi bosan. Mereka pun rakyat Malaysia juga. Mereka juga golongan yang patut kerajaan beri perhatian. Bukan hanya kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan sahaja.