nuffnang ads

Wednesday, October 27, 2010

KETUA JURUWANG DIDAKWA DI MAHKAMAH KERANA MENCURI WANG MILIK BANK

KETUA juruwang sebuah bank di Jalan Bishop, di Pulau Pinang, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan mencuri wang sebanyak RM910,000 milik bank tempat dia bekerja pada 18 Oktober lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Nasir Ismail, 46, mengaku tidak bersalah dan dia dibebaskan mahkamah dengan jaminan RM8,000.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwaraya, Pang Chun Keat, memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh, tetapi peguambelanya, R S N Rayer, memohon wang jaminan dikurangkan kepada RM5,000 atas alasan tertuduh mempunyai empat anak masih bersekolah yang perlu ditanggung.

Tertuduh bersama seorang pembantu tadbir ditahan polis pada 20 Oktober lalu selepas bank terbabit menyedari mengenai kehilangan wang dari dalam bilik kebal.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10