nuffnang ads

Tuesday, October 26, 2010

KETUA JURUWANG BANK CUBA LARIKAN RM1.5 JUTA DIBERKAS

KALAU lepas dia kaya. Kalau sangkut, dia masuk rumah pasung!

Akhirnya dia berdepan hakikat disumbatkan ke rumah pasung. Demikian cerita seorang ketua juruwang di sebuah bank perdagangan di Lebuh Bishop, di Pulau Pinang apabila cubaannya melarikan wang RM1.5 juta gagal.

Akibatnya, dia ditangkap polis pada Rabu lalu. Cubaannya untuk membawa keluar wang dari pejabat tempat dia bertugas tidak kesampaian. Walaupun dia sempat membelanjakan RM50,000 daripada RM860,00 yang dibawa keluar, hasilnya tak berbaloi.

Sebahagian lagi wang yang dibawa keluar dari bilik kebal berjumlah RM600,000 pula ditemui polis disorokkan di dalam sebuah beg bowling di dalam pejabatnya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata ketua juruwang berkenaan dipercayai cuba mengelirukan majikannya dengan hanya memasukkan data wang kutipan di dalam komputer tetapi wangnya tidak dimasukkan ke bilik kebal.

Dia kini ditahan bagi membantu siasatan dan terbukti dia tidak kebal walaupun berjaya mengeluarkan duit dari bilik kebal.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10