nuffnang ads

Sunday, October 24, 2010

KATA-KATA KONON PILIHANRAYA SEMAKIN DEKAT HANYA OMONG KOSONG NAJIB

PRESIDEN Umno dipercayai berjaya memperdayakan sebilangan besar pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya bersedia berdepan pilihanraya dalam tempoh terdekat. Sebaliknya ada orang percaya, itu hanyalah mainan psikologi Najib untuk menggerakkan keseluruhan BN dan Umno yang dilihatnya lesu dan semakin tidak berdaya.

Tindakannya mengucapkan kata-kata itu berpuluh kali termasuk yang terakhir di perhimpunan Agung Umno berakhir semalam, bagaimanapun masih gagal menaikkan semangat ahli Umno.

Malah menyedari semangat itu masih belum membara di kalangan ramai pemimpin Umno, Najib mengumumkan pula yang dia dan timbalannya akan mengadakan siri jelajah menemui rakyat awal tahun depan, selain membuat 'ugutan' menukar kepemimpinan Umno di beberapa peringkat, termasuk di peringkat negeri.

Malah idola Najib, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir juga amat yakin pilihanraya ke 13 tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat. Mahathir percaya, kekuatan Umno telah hampir tiada sehingga kini bagi memberi kemenangan kepada BN untuk memenangi PRU ke 13.

Desas-desus masih ada ahli dan pemimpin Umno yang akan berpindah parti juga dikatakan menggusarkan lagi Najib. Terbaru keluar Umno ialah Datuk Karim Ghani, ahli politik veteran yang terbabit dalam usaha membawa Umno ke Sabah sebelum ini.

Lebih teruk lagi, ketidakyakinan BN untuk menang menyebabkan tarikh pilihanraya untuk Sarawak juga semain tidak menentu dan celaru. Najib pada satu masa berharap kemenangan BN di Sarawak akan menjadi kayu ukur kekuatan BN secara keseluruhan. Namun pada masa yang sama beliau rungsing jika hasil yang diharapkan bertukar menjadi tragedi paling ngeri - BN kalah!

Ramai percaya, tarikh paling awal Najib berani untuk mengadakan PRU ke 13 ialah Disember tahun depan ataupun menunggu sehingga tempoh edah yang ada sekarang tamat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10