nuffnang ads

Saturday, October 23, 2010

JURULATIH JohorFC YANG EGO DAN BONGKAK!

RAIKAN 20 TAHUN HARIAN METRO

"PENGADILAN AMAT BURUK..Negeri Sembilan is not a good team..but the referee is helping them..." demikian kata-kata jurulatih JohorFC, Azuan Zain apabila ditanya wartawan sukan TV3, sejurus pasukannya kalah 2-0 di tangan Negeri Sembilan di Stadium Pasir Gudang, tadi.

Sepatutnya, beliau lebih rasional menerima kekalahan dan berfikir dua tiga kali ketika bercakap menerusi media elektronik kerana apa yang dicakapkannya harus bersandar kepada bukti yang kukuh. Sepasang matanya yang melihat mungkin tidak sama ribuan pasang mata orang lain yang menonton.

Pengadil mungkin tidak bagus, tetapi membuat rumusan konon pengadil menolong pasukan Negeri Sembilan amat menyinggung pebagai pihak.

Apakah JohorFC itu pasukan yang baik sangat sehingga dia boleh menilai dan memberi pandangan Negeri Sembilan sebuah pasukan yang tidak baik.

Azuan bukan sahaja harus belajar macam mana melatih pasukannya menjadi lebih baik, tetapi harus juga belajar bagaimana untuk menerima kekalahan secara hati lapang!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10