nuffnang ads

Saturday, October 23, 2010

ISTERI LAHIRKAN ANAK DALAM KERETA KANCIL

AJAIB dan menakjubkan. Seorang bayi perempuan, lahir di dalam kereta Kancil milik ayahnya sebelum sempat ibunya tiba ke hospital awal pagi semalam. Paling menakjubkan, kelahiran itu berlaku teramat mudah tanpa disedari suami yang sedang memandu dan ibunya yang menemani.

Keajaiban Tuhan... Si ibu selamat melahirkan anak di dalam kereta Kancil suaminya tanpa disedari
Kejadian itu berlaku ketika si suami memandu dalam perjalanan ke hospital sekitar jam 2.45 pagi. Ketika dalam perjalanan di Kampung Endongan, Kuching si isteri tiba-tiba menyerahkan sesuatu kepada ibu mentuanya.

Menurut si ayah, pada mulanya ibunya menyangka isterinya menghulurkan bantal, tetapi selepas memandang dan memegangnya, dia terkejut kerana menantunya itu rupanya menyerahkan bayi yang baru sahaja dilahirkan.

Si ayah memang kagum dan kaget kerana isterinya melahirkan anak dalam diam, tanpa disedarinya. Bagaimanapun kedua-dua ibu dan bayi itu berada dalam keadaan selamat.

Pasangan itu telah mempunyai 4 anak, termasuk dua lelaki dan dua perempuan sebelum ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10