nuffnang ads

Tuesday, October 26, 2010

HUKUMAN B SATHIANATHAN DITANGGUHKAN: KELANTAN LEGA

BERITA penangguhan hukuman oleh FAM ke atas ketua jurulatih pasukan bola sepak Kelantan, B Sathianathan pasti melegakan pemain pasukan itu, menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil, 30 Oktober depan.

Sekurang-kurangnya kehadiran Sathianathan akan dapat menyuntik semangat pemain untuk bersama melapah daging Rusa sebagai membalas kekalahan perlawanan akhir Piala Malaysia di tangan pasukan itu pada tahun lalu.

Apabila Rusa siap dilapah, tentulah elok ia dipanggang dan diratah beramai-ramai. Bagaimanapun the Red Warrior jangan pula terlupa, dek kerana terlalu mahu meratah, akhirnya nanti boleh tercekik tulang.

Maka, berhati-hati. Rusa pun mahu menang, mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi penuh bergaya pada tahun lalu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10