Kisah sedih itu bermula apabila pada usia 12 tahun, dia diserahkan oleh ayahnya untuk dikahwinkan dengan seorang pejuang Taliban sebagai janji menebus hutang ayahnya dengan pejuang terbabit.
Bagaimanapun, nasib Aisha dirundung malang selepas berkahwin apabila dia kerap didera dan pernah dipaksa tidur di kandang haiwan. Akibat tidak tertahan dengan seksaan itu, pada satu hari Aisah cuba melarikan diri. Namun suaminya berjaya menangkapnya.
Sebagai hukuman kerana melarikan diri, hidung dan telinga Aisha dipotong oleh suami yang kejam itu. Dia dibiarkan supaya mati di sebuah kawasan pergunungan tetapi berjaya merangkak dan mendapat bantuan daripada tentera Amerika yang terus menghantarnya ke negara uncle Sam itu.
![]() |
Dulu dan kini. Aisha amat berbeza kini selepas menjalani pembedahan hidungnya. |