nuffnang ads

Saturday, October 23, 2010

FITNAH UMNO KONON CALON PAS KHALWAT, PETANDA AWAL PARTI ITU AKAN LINGKUP DI GALAS

FITNAH Umno konon calon PAS bagi pilihanraya kecil DUN Galas, Dr Zulkefli, pernah ditangkap khalwat dikatakan antara petanda awal parti itu akan lingkup dalam pertandingan itu nanti.

Memang jelas tuduhan itu fitnah kerana wanita bernama Ramelah yang dimaksudkan itu adalah ibu kepada Dr Zulkefli.

Sudahlah semakin banyak orang Melayu membenci Umno, perangai orang parti itu masih tak berubah-ubah. Lagilah ramai yang akan membenci.

Sepatutnya dalam pertandingan ini, amalkanlah sifat terbuka, jujur dan tidak berbohong. Esok lusa, keluarlah pula tuduhan konon PAS yang melakukan kempen berunsur fitnah! Tak percaya? Bacalah nanti suratkhabar yang dah jatuh teruk jualannya itu nanti.

Sementara itu, Dr Zulkefli memaklumkan bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik portal pro Umno itu, termasuk juga kepada penulisnya kerana melakukan fitnah yang sememangnya jelas fitnah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10