nuffnang ads

Friday, October 22, 2010

FILEM 2 ALAM: WARTAWAN HANYA GELENG KEPALA MENONTONNYA

KEBANYAKAN wartawan yang sempat menonton filem 2 ALAM yang dihasilkan oleh Dr Rozmey, di Damansara, semalam kebanyakannya dilaporkan hanya menggelengkan kepala.

Buat pertama kali wartawan dapat menontonnya semalam di Damansara, kebanyakannya memandang sinis dan menggeleng-gelengkan kepala. Tapi yang pasti, filem sekarang tidak mempunyai neraca yang jelas untuk mengukur jumlah kutipannya.
Ini kerana filem itu menurut mereka lebih banyak mengumpan penontonn dengan babak ranjang yang tidak sesuai dan dikatakan menyimpang dari tajuk sebenarnya.

Filem mengkisahkan seorang lelaki yang menukar jantina dan berakhir dengan mayatnya sukar dikebumikan, turut diandaikan sesetengah wartawan gagal menepati sasaran Dr Rozmey untuk mengutip RM40 juta menerusi tayangan serentak di 83 pawagam.

Tapi ingat..dalam masyarakat yang gemar melihat sesuatu yang penuh kontroversi, nilai kutipan tidak diukur menerusi komen media. Kita tunggu dan lihat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10