nuffnang ads

Friday, October 22, 2010

ESOK LUSA AKAN ADA BERITA AHLI PARTI PEMBANGKANG KELUAR PARTI

SEPERTI biasa, musim menuai hampir tiba. Esok lusa adalah orang datang bawa guni untuk mengutip hasil. Musim menuai ini kita samakan dengan musim mengundi. Esok lusa, adalah berita kumpulan orang tertentu membawa berita mereka akan keluar parti.

Ini cerita sejak zaman Jeneral Yamashita lagi. Sejak zaman banyak orang kita mulut berbuih dibenam kepala meneguk air sabun. Musim mengundi kali ini walaupun hanya pilihanraya kecil dijangka meriah. Sebabnya ada dua kawasan mengundi dilancarkan serentak. Satu Dun Galas dan satu lagi Parlimen Batu Sapi.

Berbalik cerita orang keluar parti. Rasanya esok akan mulalah berita itu. Macam-macamlah alasan yang akan diberi. Konon terpedaya, konon telah hilang keyakinan dan konon parti pembangkang tidak beri apa-apa untuk bangsa, agama dan negara.

Biasanya untuk keluar muka depan akhbar, cukup mudah bagi kumpulan yang mengumumkan keluar parti ini sebab ada sebuah suratkhabar yang memang menunggu berita semacam itu.

Yang peliknya, kenapa bila masa tiada pilihanraya tiada pula cerita semua ini. Tiada pula cerita orang keluar parti. Apakah kerana duit orang sanggup buat apa sahaja? Atau memang betullah mereka mahu keluar parti dan menunggu masa dan keadaan paling sesuai. Iaitu menunggu bila adanya pilihanraya!

Dalam keadaan sekarang, kalau ada yang baru sebulan jadi ahli parti pembangkang pun, mereka akan dilayan seperti maharaja beruk. Berita mereka keluar parti akan jadi besar. Maklumkan zaman ada parti yang mula celaru dan keliru. Tak dapat gajah, dapat anak tikus pun dikira untung!

Tak percaya? Tunggu. Tadi baru saya dengar di Gua Musang ada ahli pembangkang dikatakan mahu umum keluar parti. Kalau betul berita itu, esok lusa keluarlah beritanya dalam sebuah suratkhabar kelab belia kampung atau majalah budak sekolah rendah tu! Tungguuuu...

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10