nuffnang ads

Wednesday, October 13, 2010

ENAM TANDA RUMAH BERHANTU

PENGKAJI paranormal Ron dan Nancy Stalling ada membayangkan dalam tulisan-tulisan mereka bahawa terdapat sekurang-kurangnya enam tanda, jika rumah anda berhantu atau dihuni makhluk lain yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

TANDA-TANDA ITU IALAH:

1.ADA PERASAAN ANEH DALAM DIRI PENGHUNI RUMAH - penghuni sering sahaja berasa gelisah atau tidak menentu bila berada di dalam rumah. Mereka sukar memahami kenapa perasaan jadi begitu dan pada sesetengah keadaan, penghuni akan berasa berlakunya perubahan cuaca pada ruangan tertentu di dalam rumah. Contohnya ada ruang di dalam bilik sering sahaja panas manakala bahagian lain tenang dan sejuk.

2.MENDENGAR SUARA-SUARA ANEH DAN PELIK - Ini termasuk mendengar bunyi orang berjalan di luar atau di dalam rumah, bunyi sesuatu di bumbung yang kerap kedengaran dan speerti orang mengetuk pintu. Biasanya bilangan ketuka adalah dalam ganda tiga, iaitu contohnya 3 kali, 6 kali atau 9 kali ketukan berbunyi.

3.SERING TERHIDU BAU-BAUAN YANG PELIK - Sama ada ia berbau harum seperti pewangi atau aroma dari bunga-bungaan atau bau busuk yang amat merisaukan. Ini bermakna adanya elemen tidak dapat dilihat sedang berada di dalam rumah.

4.MELIHAT PERGERAKAN BENDA/BARANGAN DALAM RUMAH - Contohnya melihat kerusi bergerak atau bunga-bunga seperti ditiup angin. Kadang-kala ia juga boleh dikesan menerusi pergerakan luar biasa seperti lampu terpadam tiba-tiba atau kipas hidup secara automatik.

5.MENDENGAR DAN MELIHAT PERILAKU ANJING YANG LUAR BIASA - Kadang-kadang anjing sering berbunyi seperti menakutkan pada tengah malam. Sama ada ia tanda mencari pasangan atau terlihat sesuatu yang manusia sukar melihatnya.

6.MELIHAT SECARA FIZIKAL KEHADIRAN LEMBAGA ATAU CAHAYA -Kadang kala mereka yang mengalami halusinasi akibat ubat atau tekanan boleh melihat sesuatu yang orang lain tidak melihatnya. Bayangan yang dilihat ini tidak sama jika penghuni normal melihatnya. Jika melihat cahaya berwarna biru atau oren kemerah-merahan, itu juga menandakan ada hidupan luar mata kasar kita sedang berkeliaran.

(Kepada umat Islam, kita mempercayai segalanya adalah di atas kuasa Allah. Mempercayai Allah itu adalah paksi dalam diri umat Islam. Namun keinginan untuk mengkaji atau melihat secara saintifik mengenai hidupan atau makhluk halus dalam dunia paranormal seharusnya tidak menjerat sekaligus menjejas kepercayaan, iman dan akidah kita)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10