SELEPAS berakhirnya perlawanan suku akhir kedua sebentar tadi, empat pasukan disahkan layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.
Pasukan berkenaan ialah, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah dan Johor FC. Negeri Sembilan menewaskan Perlis dalam suku akhir kedua tadi dengan keputusan 3-1 (agregat 4-1). Kedah menumpaskan Terengganu 3-0 (agregat 5-2) dan Johor FC menang mengikut peraturan kelebihan gol di tempat lawan walaupun kalah kepada Pahang 2-1 malam tadi.
Negeri Sembilan akan bertemu Johor FC pada separuh akhir, manakala Kelantan pula akan bertemu Kedah.