nuffnang ads

Wednesday, October 13, 2010

DUA PEMANDU BAS EKSPRESS DITAHAN KERANA LALOK KETIKA MEMANDU

SYARIKAT pengendali bas ekspress seolah-olah tidak pernah belajar daripada tragedi yang baru sahaja mengorbankan 12 nyawa dalam kemalangan maut membabitkan bas ekspress Delima di Simpang Ampat, beberapa hari lalu.

Ini terbukti apabila mereka lepas tangan dan membiarkan dua pemandu bas ekspress yang sedang dalam perjalanan membawa 40 penumpang, seronok dalam dunia sendiri!

Kedua-dua pemandu bas ekspress itu ditahan kerana disahkan baru sahaja megambil dadah. Seorang ditahan berdekatan Plaza Tol Skudai, manakala seorang lagi ditahan di Terminal Bas Larkin. Mereka ditahan jabatan narkotik polis Johor dalam satu operasi besar-besaran seluruh negeri itu hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mohktar Mohd Sharif, mengesahkan penahanan itu dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang malang kerana ketika ditahan mereka sedang membawa penumpang. Seorang lagi, pemandu kedua ditahan kerana memiliki dadah!

Dalam operasi besar-besaran itu, 273 pemandu bas ekspress diuji air kencing bagi mengesan mereka yang terbabit dadah ketika bertugas.

Tahniah Ketua Polis Johor! Anda tentu masih merasai betapa pilunya hati ayah dan ibu kehilangan anak-anak dalam kemalangan maut di Simpang Ampat beberapa hari lalu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10