nuffnang ads

Monday, October 25, 2010

DUA KEMALANGAN PELIK DI SARAWAK

Syukur...nasib baik motosikal sahaja yang digilis lori. Pemuda ini terselamat tanpa secalar pun pada tubuhnya.

KEJADIAN pertama melibatkan seorang lelaki tua yang memandu kereta di Batu Kawa. Kesalahannya kerana membuat pusingan U di satu persimpangan lampu isyarat, tetapi sebelum sempat melepasi pusingan keretanya telah menyondol seorang anggota trafik berusia 49 tahun.

Akibatnya motosikal polis berkenaan tercampak ke dalam parit konkrit berdekatan. Syukur anggota polis terbabit sempat melompat dan hanya cedera ringan.

 Bagaimanapun lelaki tua itu menggigil ketakutan dan berkali-kali meminta maaf di atas kemalangan yang berpunca daripadanya itu.

Kemalangan pertama membabitkan lelaki tua melanggar anggota polis. Motosikal anggota polis itu tercampak ke dalam parit konkrit.
KEJADIAN kedua melibatkan seorang pemuda menunggang motosikal di Jalan Lapangan Terbang Kuching. Motosikal ditunggangnya remuk diseret sebuah lori, tapi peliknya pemuda itu tidak mengalami kecederaan. Calar di badan pun tiada, sebaliknya dia memberitahu motosikal itu baru sahaja dibelinya! (Ehsan SUD)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10