KETIKA Gunung Merapi di Indonesia, menjadi perhatian kerana meletus dua kali sejak tiga hari lalu, keadaan yang serupa juga berlaku di Rusia.
Dua gunung berapinya, Gunung Klychevskaya dan Gunung Shiveluch turut meletus petang semalam menyemburkan debu dan bahang panas setinggi 10 kilometer ke udara.
Ahli Kaji Gunung Berapi Rusia, Sergei Senyukov memberitahu Televisyen 24 Jam Rusia, berikutan letusan itu beberapa penerbangan turut diubah haluan kerana ruang udara di sekitar kawasan berkenaan dipenuhi debu berbahaya dan menutup pandangan.