nuffnang ads

Wednesday, October 13, 2010

DUA CERITA ROGOL DAN PERKOSA. BIAKNYA PENYAKIT SOSIAL DALAM GENERASI KITA

1.Hajat seorang lelaki untuk membuang air kecil di sebuah unit kosong kediaman di Petaling Jaya kira-kira jam 7 malam semalam, bertukar menjadi cerita lain.

Apabila pintu rumah kosong itu dibukanya, lelaki itu bagaikan tidak percaya apabila melihat seorang pemuda berusia 18 tahun sedang cuba menindih kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang telah ditelanjangkan.

Tanpa berfikir panjang, dia segera memberkas remaja berkenaan dan menyerahkannya kepada polis. Tindakan itu betul dan kehormatan seorang kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa tentang kehidupan ini berjaya diselamatkan.

Difahamkan, suspek adalah jiran mangsa yang tidak lagi bersekolah dan dia dipercayai memperdaya kanak-kanak itu  ke rumah kosong untuk melampiaskan nafsunya.

2. DI SETAPAK KUALA LUMPUR pula, pelajar 15 tahun tidak menyangka abang rakan sekelasnya sanggup bertindak seperti binatang apabila merogolnya sebaik sahaja dia mahu memulakan berdoa, selepas siap bersembahyang. Kejadian ini berlaku di rumah rakan mangsa, seorang pelajar perempuan.

Selepas setengah jam mengulangkaji pelajaran bersama, mangsa meminta kebenaran rakan perempuan utnuk menumpang bersolat dan rakannya itu menyuruh dia bersolat di bilik ibunya. Ketika kejadian, ibu bapa rakan sekelas mangsa tiada di rumah kerana belum pulang bekerja.

Bagaimanapun, selepas siap bersembahyang dan baru sahaja mahu berdoa, abang rakan sekelasnya yang berusia 18 tahun  menerkam dan membaringkannya serta membuka pakaian mangsa secara paksa sebelum merogolnya,

Mangsa turut diugut tidak menceritakan kejadian itu. Namun selepas memaklumkan kejadian itu kepada rakan sekelasnya (adik suspek) mereka sepakat membuat laporan polis.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10