nuffnang ads

Thursday, October 28, 2010

CINTA TAK DIRESTUI: PEMUDA DIPAKSA MINUM RACUN SEHINGGA SEPARUH NYAWA

KISAH di Kuala Terengganu ini membawa cerita seorang pemuda berusia 27 tahun, parah dan koma apabila dipaksa meminum racun oleh bapa tiri dan beberapa ahli keluarga teman wanitanya, dalam satu kejadian Selasa lalu.

Barangkali kerana pemuda itu hanya bekerja sebagai penoreh getah, maka cintanya tidak direstui. Dalam kejadian itu, mangsa yang dalam perjalanan pulang dari menoreh ditahan sekumpulan lelaki termasuk bapa tiri teman wanitanya.

Tanpa banyak soal dia dipukul dan dipaksa meminum sejenis cairan dipercayai racun oleh kumpulan lelaki berkenaan menyebabkan dia mengalami kesakitan di perut. Pemuda itu mengadu dia dipaksa meminum racun kepada ahli keluarganya.

Ahli keluarga mangsa menghantarnya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu tetapi dia terus koma tanpa sedarkan diri beberapa hari.

Seorang pegawai perubatan kemudian membuat laporan polis dan bertindak daripada laporan itu polis menahan seorang lelaki, berusia 39 tahun, teman wanita mangsa berusia 16 tahun. Polis kemudian menahan bapa tiri teman wanita mangsa yang berusia 45 tahun dan seorang lagi lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan K Manoharan mengesahkan kejadian itu dan berkata semua yang ditahan kini direman di Balai Polis Marang bagi membantu siasatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10