nuffnang ads

Wednesday, October 20, 2010

BIADAP: PENUNJUK PERASAAN HINA PRESIDEN INDONESIA DENGAN BAWA REPLIKA BABI GERGASI

Presiden Susilo dihina rakyat sendiri dan tidak akan melayan untuk bertemu kumpulan penunjuk perasaan

DEMIKIAN biadapnya segelintir rakyat Indonesia apabila tergamak mengusung replika babi gergasi dalam tunjuk perasaan di depan Istana Presiden sebentar tadi dan membakar replika itu di depan pintu masuk istana berkenaan.

Jurucakap penunjuk perasaan yang didalangi persekutuan buruh Indonesia itu, berkata gambar babi adalah paling sesuai untuk menggambarkan simbol pemimpin tertinggi negara itu yang mereka dakwa hanya mementingkan keuntungan peribadi semata-mata.

Replika babi gergasi menghina presiden Susilo Bambang Yudiyhono di depan istananya hari ini.
Tunjuk perasaan berlangsung sempena memperingati ulang tahun pentadbiran Presiden Susilo Bambang Yudiyhono.

Sementara itu, jurucakap presiden, Julian Aldrin Pasha, berkata presiden tidak akan berkomunikasi langsung dengan kumpulan penunjuk perasaan itu walaupun kumpulan itu mendesak untuk bertemu. Ini mungkin kerana Susilo teramat kecewa.

"Presiden tidak terprovokasi dan tidak akan terpancing," menurut kenyataan Pasha kepada media di Indonesia.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10