nuffnang ads

Thursday, October 28, 2010

BEKAS PEMAIN BOLA TERENGGANU MENINGGAL DUNIA

SIAPA yang tidak kenal dengan Mohd Nor Botok. Bekas pemain bola sepak Terengganu itu adalah antara pemain yang disegani ketika hayatnya dan seangkatan dengan legenda bola sepak negara, Datuk Mokhtar Dahari.

Bagaimanapun, hari ini jam 5.30 pagi Mohd Nor, 60, telah dijemput Ilahi kembali ke negeri asal, ketika berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas diserang kanser usus.

Menurut anak allahyarham, Rosmainoor, 36, bapanya sebelum ini telah menjalani rawatan akibat diserang kanser usus pada Khamis lalu. Alalhyarham dikatakan berada dalam keadaan sihat selepas beberapa hari selamat menjalani pembedahannya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam anak, dua lelaki dan empat perempuan yang berusia di antara 22 dan 40 tahun serta mempunyai 12 cucu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10