nuffnang ads

Friday, October 8, 2010

BANTAH KONSERT ADAM LAMBERT: INIKAH BUDAYA GAY YANG MAHU DITERAPKAN DALAM GENERASI MALAYSIA

PELBAGAI pihak membantah penganjuran konsert Adam Lambert yang dikatakan membawa racun dunia, iaitu budaya gay.

Merumuskan penganjuran konsert itu sebagai tidak menghormati nilai dan norma budaya mulia dan agama rasmi Islam di negara ini, pihak berkuasa mesti bertindak segera.

Promosi menerusi sebuah stesyen radio swasta sejak beberapa minggu lalu, ternyata memperlihatkan satu trend kegilaan melampau khususnya oleh generasi muda Melayu terhadap artis yang dianggap amat menjijikkan budaya di negara ini. Sesetengahnya sanggup menangis terharu hanya kerana mendapat dua tiket percuma menonton konsert itu!

Membenarkan Adam Lambert beraksi di negara ini sama seperti mengizinkan budaya main belakang yang semakin ketara peningkatannya di kalangan umat di negara ini.

Sambil kita tidak menolak hiburan, sebarang bentuk kegilaan hedonisme mestilah ditapis dengan kawalan yang amat ketat jika kita tidak mahu racun dalam budaya yang ada sekarang terus bertambah sehingga merosakkan anak muda.

Jangan biarkan kegagalan kita menangani masalah yang sedia ada, terus bertambah. Kegagalan demi kegagalan kita untuk memahami unsur-unsur negatif yang disuntik secara halus ini akan hanya menggambarkan kita sebagai sebuah kerajaan yang tidak pernah peka kepada keazaman membentuk generasi yang sihat akal dan sahsiah diri.

Hentikan konsert Adam Lambert dan pada masa yang sama, semua nilai buruk hedonisme dalam negara terutama yang dibiakkan oleh artis tempatan mesti juga dibanteras segera.

Tak matinya kita tanpa adanya Adam Lambert, tapi akan mati bangsa jika terus-terusan ketagihan hedonisme tak tentu hala!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10