nuffnang ads

Tuesday, October 26, 2010

APALAH DEGIL PUNYA JIN LARIKAN SITI BALQIS

BADANNNYA sudahlah besar dan berbulu. Degil pulak tu. Sikit-sikit nak ajak Siti Balqis lari. Sikit-sikit nak ajak Siti Balqis lari.

Apa jenis jin yang suka sangat menyakat orang macam ini? Apakah jin ini jenis jin yang tak makan saman? Jin jenis tak boleh dibawa berunding?  Demikian dalam kepala kita sering diasak pertanyaan setiap kali Siti Balqis dilarikan dari rumahnya.

Dulu jin larikan dia ke atas pokok, kemudian ke dalam mesin bancuhan simen. Kemudian bawa lari ke atas tanah kubur dan kelmarin Siti Salqis kata jin bawa dia ke Gunung Jerai.

Tertanya juga, jin yang melarikan Siti Balqis ini menggunakan kenderaan apa? Berapa kuasa kuda atau cc enjin yang digunakan untuk melarikan Siti Balqis ini. Adakah kenderaan itu menyamai kereta buatan manusia, cuma tak kelihatan. Kalau betul, kereta itu berapa pintu? Dua pintu atau empat pintu? Apa jenis gear kenderaan yang dipakai jin? Automatik atau manual. Kalau terbang pula, adakah jin itu menggunakan kenderaan seperti pesawat?

Sebenarnya keluarga Siti Balqis sudah letih melayan kerenah jin yang saban hari ajak bergurau itu. Siap baling-baling batu. Siap gugurkan batu cantik-cantik. Tapi rupanya umpan nak mengelirukan orang.

Apa agaknya akhir cerita Siti Balqis ini? Adakah dia akan terus disukai jin untuk diajak bergurau setiap masa? Tidakkah jin itu sedar bahawa gurauannya amat keterlaluan dan menyusahkan orang.

Tunggu...esok ada cerita baru fasal Siti Balqis dan jin itu!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10