nuffnang ads

Friday, October 29, 2010

APA PUNYA JANTAN, PUKUL TEMAN WANITA SAMPAI KOMA

APA punya jantan, pukul teman wanita sehingga koma.

Kejadian di Machang, Kelantan mengakibatkan seorang siswi UiTM,  Heezrin Ieraqueen Haberi, dipukul teman lelaki di kepalanya sehingga koma adalah kesinambungan daripada ciri-ciri lelaki dayus dan keparat yang sering sahaja dilaporkan kebelakangan.

Hanya kerana pertengkaran, ia berlarutan sehingga teman lelakinya memukul sehingga cedera parah. Dalam kejadian jam 10 malam itu, Ieraqueen dikatakan bertengkar dengan teman lelaki di luar rumah sewannya pada 22 Oktober lalu.

Akibatnya, mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Machang, sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Bapa mangsa, Haberi Hamzah menerima panggilan daripada teman serumah anaknya kira-kira jam 1.30 malam. Dia yang bertugas di UKM, Bangi segera bergegas melihat nasib anaknya itu.

Demikian antara perangai buruk remaja lelaki sekarang. Mereka lupa bahawa yang dipukul itu anak orang dan belum lagi menjadi isteri mereka. Bagaimana agaknya kalau sudah berkahwin?

Namun satu perkara yang perlu diingatkan kepada remaja perempuan ialah, pandai-pandailah memilih teman lelaki. Jangan main sauk, atau main jala ikugt sedap. Lelaki umpama ikan di dalam air keruh. Silap-silap tersauk atau tertebar ikan pari. Habis dilibasnya kita. Seperkara lagi kalau telah berteman, jaga-jagalah hati teman serta paling utama, setialah!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10