Bayangkan kesedihan mereka dengan kehilangan orang tersayang (ehsan Elton Gomes) |
Annie yang dilaporkan hilang pada Sabtu lalu ditemui mayatnya dalam keadaan separuh bogel di dalam longkang berdekatan Kingfisher Park. Pemeriksaan awal mendapati kesan cedera di kepalanya, dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.
Polis tidak menolak kemungkinan Annie dibunuh di tempat lain, sebelum mayatnya dibuang ke dalam longkang oleh pembunuh yang tidak berperi kemanausiaan itu.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, ACP Tan Kok Liang, berkata mayat Annie ditemui sekitar jam 10 dan 11 pagi oleh orang ramai dalam keadaan mulai membengkak.
Sebelum itu, dikatakan Annie ada berhubungan dengan lelaki, dipercayai tunangnya menerusi telefon, tetapi selepas itu dia terus dilaporkan hilang. Keluarganya yang dimaklumkan mengenai penemuan mayat Annie, dilaporkan amat marah dengan pembunuh yang kejam itu.
Seorang pemandu lori pula, dilaporkan telah menemui uniform putih jururawat dipercayai milik Annie, di dalam kawasan semak, tidak jauh daripada premis dia bekerja dan penemuan uniform itu turut dimaklumkan kepada polis.
Tidak lama selepas penemuan mayatnya, polis pula berjaya menahan tunang mangsa berusia awal 40-an dan dia kini ditahan untuk siasatan dan akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Persoalannya kenapakah perasaan cemburu harus berakhir dengan pembunuhan?