KORBAN banjir di Vietnam meningkat daripada 3 orang kelmarin kepada 26 orang hari ini, apabila dua kawasan tengah di negara itu terjejas teruk.
Daripada jumlah itu, 19 terkorban di wilayah Quang Binh dan Ha Tinh, manakala tujuh lagi terkorban di beberapa kawasan lain di tengah negara itu.
Di Han Tinh sahaja, lebih 8,400 hektar tanah pertanian rosak manakala lebih 27,000 rumah terjejas apabila hujan lebat turun sejak tiga hari lalu.
Menurut akhbar Thanh Nien, pergerakan beberapa keretapi di antara Hanoi dan beberapa kawasan selatan Vietnam turut tergendala ekoran landasan dinaiki air.