MERAIKAN 20 TAHUN HARIAN METRO
Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohd Zaini Fajree Zulkifli, 31, patah bahu kirinya apabila sebuah kereta mencurigakan yang sedang diperiksa, tiba-tiba diundurkan dan merempuh lalu mengheret mangsa bersama motosikalnya kira-kira 10 meter.
Kejadian itu berlaku awal pagi kelmarin di Bangsar, selepas mangsa menerima maklumat awam mengenai kehadiran sebuah kereta yang mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Brickfield, ACP Wan Abdul Bari Wan Wan Abdul Khalid, berkata mangsa menghubungi tiga rakannya, tetapi pemandu kereta berkenaan telah merempuhnya ketika berundur lalu melarikan diri. Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Berikutan itu polis melakukan gerakan memburu dan menemui pemilik kereta berkenaan di Sungai Besar, Selangor, tetapi pemiliknya mendakwa kereta itu dipinjamkan kepada seorang rakannya.
Polis kemudian menahan seorang wanita 20 tahun, seorang penuntut institusi pengajian tinggia awam (IPTA) di ibu kota.
Susulan maklumat diperolehi, polis kemudian menahan seorang lelaki suspek utama di Sungai Besar. Kereta yang digunakan dalam kejadian itu juga berjaya ditemui.