nuffnang ads

Friday, October 22, 2010

ADUN MESTI DISIASAT KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI

JANGAN hanya kerana dia individu berpengaruh, pihak berkuasa tidak mahu menyiasatnya.

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mendakwa dia mempunyai bukti seorang Ahli Dewan Undangan Negeri  (Adun) terbabit bekerjasama dengan N Pathmanabhan dalam urusan menukar hak milik tiga bidang tanah di Batu Feringgi, Pulau Pinang melibatkan RM30 juta tanpa pengetahuan pemilik tanah.

 Menurut Manickavasagam, Adun itu bersama adiknya berkait dengan Patmanabhan memindah status tanah itu atas nama Ample Quality Sdn Bhd dengan adiknya yang berusia 33 tahun dan Pathmanabhan bertindak sebagai pengarah syarikat itu.

"Kemungkinan banyak pihak terbabit dalam kes itu. Saya harap polis dapat siasat segera bagi mengelak timbul spekulasi," katanya.

 Manickavasagam turut mendakwa mempunyai beberapa dokumen yang mengaitkan penukaran hak milik tanah di Batu Feringghi itu dilakukan secara tidak sah.

 13 Oktober lalu, Patmanahban dan tiga pekejra ladang didakwa di Mahkamah Majistret Banting atas tuduhan membunuh Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang lalu pada 30 Ogos lalu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10