SERAMAI 17 maut apabila meneguk tuak beras di tiga kampung di Wilayah Oraing Ov, di Vietnam semalam, manakala tiga lagi sedang dirawat tetapi dilaporkan dalam keadaan sangat kritikal.
10 orang maut di Preah Treat, 4 di Prek Tapoak dan tiga yang lain mati di Mean. Timbalan Gabenor, Nuon Song memberitahu The Phnom Penh Post, tiga yang dirawat juga dimaklumkan doktor tidak mungkin dapat diselamatkan.
Menurutnya, ujian dilakukan ke atas sampel tuak mendapati ia mengandungi methanol pada kadar terlalu tinggi dan menolak dakwaan penduduk ia dicampur racun serangga.
Ketua Polis Daerah, Keo Seanghorn, pula dilaporkan telah menahan seorang penjual tuak, Krin Reoun, 63, dan merampas 1 liter tuak dari premisnya.
Kegemaran rakyat Vietnam meminum tuak bukan rahsia lagi dan tidak hairanlah perangai buruk itu mereka bawa ke negara ini sehingga kadang-kala mengakibatkan pergaduhan dan pembunuhan kerana terlalu mabuk.