ORANG ramai harus menjaga hati keluarga Datuk Soosilawati dan tiga lelaki lain dan tidak membuat spekulasi yang boleh mengguris perasaan mereka ekoran penemuan tiga mayat rentung dipercayai mangsa bunuh di ladang ternakan berdekatan Tanjung Sepat, Banting, malam tadi.
Kini pasukan forensik dikatakan baru sahaja mahu memulakan siasatan mereka ke lokasi berkenaan dan pengesahan mengenai identiti mayat mangsa hanya akan diumumkan oleh polis sebaik sahaja semua urusan selesai.
Sementara itu, marilah berdoa yang baik-baik untuk keluarga mereka yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.