nuffnang ads

Thursday, September 9, 2010

TUN MAHATHIR MINTA HAL MELIBATKAN KAUM DIBINCANG TERTUTUP: YANG MULAKAN CERITA AMBILLAH TINDAKAN!

TUN MAHATHIR kata soal sensitif seperti perkara melibatkan perkauman mestilah dibincangkan secara tertutup terutama oleh pemimpin. Benar. Katanya kalau dibiar dibincangkan secara terbuka, lebih banyak mudarat. Betul.

Memang betul pandangan itu. Soalnya orang bising sebab yang memulakan kes menghina ini seperti tiada tak tindakan yang diambil. Soal siapa salah bangsa mana betul, bukan isu. Semua bangsa memang ada yang tak betul. Tak kata orang Islam atau Melayu itu sentiasa betul. Bangsa lain ada juga tak betul.

Cuma orang ramai mahu lihat isyarat tentang tindakan kepada yang buat tak betul. Yang menghina kaum atau bangsa lain. Tindakan ke atasnyalah yang orang mahu tengok. Bila telah ada isyarat yang jelas, barulah pihak yang berniat tidak elok itu faham bahwa perbuatan mereka ada risiko. Selagi tiada tindakan, yag dibimbangkan adalah semakin ramai akan terjun meluahkan perasaan. Semakin kalut jadi ceritanya. Dalam blog banyak heboh hal ini bukan kerana membangkitkan hal perkauman, tetapi membangkitkan kenapa tindakan segera yang tegas tidak diambil. Kenapa pelaku yang telah membuat perkara menghina bangsa dan kaum seperti tidak terusik. Ini sebenarnya yang dipertikaikan.

Kita mahu di Malaysia tidak ada orang yang sesuka hati menghina bangsa atau kaum. Semua mahu hidup aman. Jadi kerajaan kena tegas. Itu sahaja.

Bukan Tun Mahathir sahaja yang melihat soal bercerita fasal perkauman dan agama mesti dihentikan. Lim Kit Siang pun sama. Soal agama dan perkauman hal yang sensitif. Memang sebaiknya bincang secara tertutup. Satu lagi, tindakan! Tindakan! Tindakan kenalah pantas, biar orang lain faham dan kecut!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10