(Gambar Berita Harian)
TIDAK ada kompromi dalam kes orang hilang yang dilaporkan. Mesti diberi perhatian dan disiasat, terutama jika ia ada kaitan dengan mereka yang pernah berurusan dengan seorang peguam yang kini ditahan berhubung pembabitannya dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain di Tanjung Sepat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Selangor, berkata beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai yang memandang ringan setiap kes orang hilang yang dilaporkan.
Malah beliau berkata pasukan khas juga ditubuhkan untuk mengurus dan menyiasat kes orang hilang yang dikatakan ada kaitan dengan peguam yang menjadi dalang dalam pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain itu.
Di tempat kejadian pula, penyelam marin masih meneruskan tugas mereka mencari bahan bukti berguna,termasuk mengambil pendekatan mendulang serpihan tulang yang dieprcayai dibuang di Sungai Kanchong Laut, Morib.
Kegigihan mereka amat jelas menunjukkan sikap bersungguh-sungguh mahu memastikan kes pembunuhan berprofil tinggi ini dapat disiasat dan didakwa sebaik mungkin.