nuffnang ads

Thursday, September 23, 2010

MASALAH 'SIKAP' PEMIMPIN DAN WAKIL RAKYAT AKAN LEMAHKAN TERUS BN

SIKAP akan menjadi cermin, ditonton oleh rakyat@pengundi. Jika keperibadian yang rendah dan kewibawaan yang tak menyakinkan tertonjol pada cermin, jangan salahkan pengundi, jika Barisan Nasional (BN) terus lenyap daripada ingatan dan penghormatan rakyat.

Banyak contoh sebenarnya, tetapi kita tertarik untuk memaparkan sikap dan keperibadian Ahli Parlimen Kamalanathan dalam menangani isu gambarnya di masjid seperti dimuatkan dalam blog Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Terdengar cerita Kamalanathan memarahi wartawan konon tidak mendapatkan ulasan beliau terlebih dulu sebelum berita tentang gambar beliau hadir di masjid itu disiarkan di media. Kemudian Kamalanathan dilaporkan lagi mengucapkan terima kasih kerana dengan itu beliau menjadi semakin popular.

Kadang-kadang terfikir juga, sejauh mana dan setinggi mana tahap pemikiran dann intelektual seorang pemimpin BN kalau benar dia bersikap begitu.

Dalam kes gambarnya disiarkan di dalam blog Khalid, sebenarnya tujuan utama adalah untuk membuka mata Mais dan Jais supaya bersikap lebih adil. Terutama kerana rakyat telah melihat bagaimana dua agensi itu menangangi kes berbeza membabitkan ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke sebuah surau di Kajang. Satu lagi ialah bagaimana Mais dan Jais menangani kes Kamalanathan masuk masjid. Kedua-duanya bukan Islam, tetapi rakyat bukan tidak bersekolah. Mereka menggelengkan kepala melihat tindakan hanya dikenakan kepada Teo sahaja. Dan jangan salahkan rakyat kalau berpendapat tindakan itu hanya bersifat politik kerana Teo dari DAP manakala Kamanathan daripada MC yang juga sekutu BN.

Khalid pula tidak bermaksud menyalahkan tindakan Kamalanathan, sebaliknya memuji kerana cara itu elok kerana dia adalah wakil rakyat dan mesti bertanggungjawab ke atas rakyat merentas sempadan bangsa dan agama. Peliknya, Kamalanathan hanya berterima kasih kerana dapat publisiti. Inilah cara pemikiran yang rakyat amat hairan dan pelik.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10