nuffnang ads

Tuesday, September 14, 2010

KAWAN RAPAT SOSILAWATI DI SINGAPURA BERHIBA MENANGISI PEMERGIANNYA

KAWAN rapat Datuk Sosilawati di Singapura, Suliah Kasmadi, 52, berhiba sebaik mendengar berita pembunuhan membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain dalam satu kejadian di ladang Gadong, Tanjung Sepat, Morib.

Suliah menggangap mereka bukan sahaja rapat tetapi telah menjadi seperti adik beradik kerana Sosilawati pernah tinggal bersama keluarganya, ketika allahyarham bekerja di Singapura 20 tahun lalu.

Menurut Suliah, pebagai kenangan seperti tidur sebilik dan  makan sepinggan bersama allahyarham membuatkan dia begitu terasa dan berhiba dengan kehilangan sahabatnya itu. Suliah kali terakhir bertemu Sosilawati pada Jun lalu.

"Saya sangat sedih dan terkejut mendengar berita dia dibunuh secara kejam. Memang sedih dan saya bercadang untuk ke Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Suliah yang juga pengedar produk kosmetik Nouvelle berkata, allahyarham sering memintanya membantu memasak lauk-pauk yang disukainya dan ketika majlis perkahwinan Sosilawati dengan Nash pada 2006, beliau menjadi tukang masaknya.

Pemergian Sosilawati katanya, merupakan satu kehilangan yang amat dirasai dan ditangisi oleh sahabat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10