nuffnang ads

Tuesday, September 21, 2010

ALHAMDULILLAH: DAH CAKAP DAH. PAGI NI JUMPALAH TIGA REMAJA HILANG DAN DUA LELAKI DICARI

MALAM tadi naluri saya kuat mengatakan tiga remaja termasuk dua kembar yang hilang sejak 11 September lalu serta dua lelaki yang dicari akan ditemui hari ini. Dalam entri saya, ada saya luahkan keyakinan esok dapatlah kedua-dua lelaki yang dicari bersama tiga remaja yang hilang itu ditemui.

Alhamdullilah. Entri saya malam tadi dimakbulkan dan semoga keluarga mereka kembali ceria dan bahagia.
Ketiga-tiganya ditemui di sebuah flet Paya Terubung Pulau Pinang, bersama dua lelaki berusia 20 dan 19 tahun.

Ketua Balai Polis Air Hitam Cif Inspektor Mohd Fadzil Napiah berkata, mereka ditemui jam 8 pagi tadi. Sementara itu, ibu NurulAsyiqin dan Nurulain berkata, dia ada menerima panggilan daripada seseorang tentang kedudukan anaknya itu, tetapi panggilan telefon itu tidak lama.

Apa pun cerita di sebalik kehilangan ini biar menjadi teladan kepada semua. Kepada ibu bapa lapangkan hati bertanya ke dalam diri, di mana silapnya. Kepada anak-anak, pesanlah pada diri bahawa tiada gunanya lari meninggalkan rumah kecuali mengundang bala semata-mata.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10