nuffnang ads

Wednesday, September 15, 2010

AKAUN SALAH SEORANG PEGUAM DALAM KES BUNUH ADA LEBIH RM7 JUTA

SUMBER-sumber memberitahu salah satu (salah satu!) akaun peguam disyaki dalang pembunuhan kejam mempunyai wang lebih RM7 juta! Selain itu dia juga dikatakan memiliki sembilan kereta mewah, termasuk 7 daripadanya ada jenis Mercedes Benz.

Dan semalam ketika polis menyerbu pejabat guamannya, di Kuala Langat, yang terletak di depan Ibu Pejabat Daerah (IPD) polis lebih 60 pelanggannya dikatakan berusaha menuntut geran hartanah mereka selepas berita dia ditahan kerana terbabit dalam pembunuhan diketahui ramai.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein pula, menggesa orang ramai yang mempunyai apa sahaja maklumat berkaitan peguam berkenaan, menyalurkannya segera kepada pihak berkuasa.

Dalam keadaan sekarang, semua yang pernah terbabit berurusan dengan peguam dan pejabat peguam berkenaan pasti mengetahui sesuatu. Barangkali ada di antara yang diketahui itu merupakan maklumat amat penting bagi mendedahkan sepenuhnya kegiatan peguam laknat berkenaan.

Jadi jangan tutup mulut anda! Buka mulut anda dan beritahu kepada pihak berkuasa apa yang anda tahu. Tidak kira anda jiran, pelanggan, ahli politik, menteri, pelanggan kenamaan atau pekerja dia!

Kepada ahli politik termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor yang pernah berurusan dalam jual beli tanah di daerah Kuala Langat dengan peguam berkenaan juga jangan lupa. Anda tentu mempunyai banyak maklumat. Kenapa anda harus berdiam diri, sedangkan telah banyak orang tidak berdosa menjadi mangsanya!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10