Abbie (depan) anjing mewakili Australia menjuarai kejohanan luncur anjing antarabangsa yang berlangsung di Amerika Syarikat pada 19 dan 20 September lalu. Dengan kecekapan luar biasa Abbie menewaskan pesaingnya di belakang (Cali). Latar belakang Abbie juga amat menarik perhatian seluruh peminat kejohanan itu. Abbie sebelum ini adalah anak anjing yang hampir mati, ditemui di tepi jalan tanpa ibu. Kemudian Abbie dibela oleh seseorang dan dilatih meluncur air sehingga kemahirannya kadang-kala melebihi manusia yang takutkan air! |