nuffnang ads

Friday, August 13, 2010

TARIK BALIK SENARAI HITAM, TAPI PENGGUNA TAK BOLEH PERBAHARUI CUKAI

SAMA ADA DISENGAJAKAN, kerenah birokrasi, masalah teknikal ataupun bertujuan memenatkan pengguna, tak siapa dapat menjawab kenapa sesetengah pengguna tidak dibenarkan memperbaharui cukai kenderaan mereka, walaupun kerajaan mengumumkan penarikan balik senarai hitam buat sementara waktu bermula hari ini.

Pengurus sebuah syarikat swasta di Pelabuhan Klang yang mahu dikenali sebagai Cheng, hairan apabila kerani kaunter memberitahunya ada masalah teknikal menyebabkan cukai jalan kenderaan pacuan empat rodanya tidak dapat diperbaharui.

"Saya bagitahu kerani yang kerajaan kata semua senarai hitam boleh renew road-tax, tapi kerani itu kata, komputer dia tak boleh cetak sebab nama saya masih disenaraihitamkan," kata Cheng yang berurusan di pejabat JPJ Shah Alam bagi urusan berkenaan.

Menurutnya, kerajaan terutama JPJ tidak boleh memandang ringan masalah itu kerana hal yang sama turut berlaku kepada beberapa pelanggan lain yang berurusan menyebabkan keadaan sedikit tegang.  Malah katanya, ada juga pelanggan terpaksa meninggikan suara dan menggunakan kata-kata kesat kerana terlalu geram.

"Orang Cina kata kalau mahu buat taucu buat taucu lah, jangan buat kicap!" Cheng melepaskan marah selepas berbual dengannya mengenai masalah dihadapi itu.

 Menurut Cheng lagi, beliau berasa ragu-ragu untuk berurusan semula bagi tujuan itu kerana bimbang terpaksa pulang hampa selagi tiada jaminan yang bersungguh-sungguh dari kerajaan.

 Memang demikianlah haru biru setiap kali selepas sesuatu pengumuman dilakukan kerajaan, terutama membabitkan dasar yang melibatkan ramai pengguna. Pelbagai masalah di kaunter depan agensi kerajaan mesti dilalui menyebabkan pelanggan datang sekadar ambil nombor giliran dan kemudian diarah pulang seperti kambing termakan daun cempedak!

 Yang nyata, kerani atau pegawai peringkat bawahan seolah-olah tidak tahu menahu kelulusan yang dikeluarkan kabinet itu!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10