POLIS memberkas seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes menculik seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun di Taman Meru, 4 Ogos lalu dalam satu serbuan di Kampung Rapat, Ipoh kira-kira jam 12.30 malam semalam.
Lelaki berusia 30-an itu ditahan hasil maklumat orang ramai. Polis berjaya mendapatkan perintah tahanan reman ke atas lelaki itu bagi membantu siasatan.
Polis Perak sejak beberapa hari lalu telah menggandakan usaha bagi mengesan lelaki terbabit termasuk menyiarkan fotopit di dalam akhbar tempatan, membabitkan lelaki yang dikatakan berketurunan India, berbadan gempal dan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an.