SHAH ALAM: GARA-gara pertengkaran kerana tidak berpuas hati kerja ubahsuai rumah, seorang lelaki tua Teoh Chai Hock, 70-an, mati ditetak jirannya dalam satu kejadian kira-kira jam 8.30 pagi tadi di sebuah taman perumahan di Pelabuhan Klang, dekat sini.
Menurut polis, mangsa ketika itu baru tiba di rumahnya selepas balik bersenam, sebelum dipanggil jirannya yang tidak berpuas hati kononnya kerja ubahsuai dilakukan Teoh telah mengganggu jirannya itu. Bagaimanapun, Teoh yang berang dimarahi, bertindak memarahi semula jirannya itu sebelum ia bertukar menjadi pertengkaran hebat.
Jirannya yang masih tidak berpuas hati dikatakan mencapai sebilah parang lalu menyerang dan menetak Teoh di beberapa bahagian termasuk leher dan tangan menyebabkannya rebah dan meninggal.
Suspek berusia 66 tahun kemudian menyerah diri di balai polis sebelum ditahan bagi membantu siasatan.