Dalam ilmu psikologi, dinyatakan bahawa orang amat takut pada perubahan. Perubahan sering menyebabkan orang berasa seperti dihantui kebimbangan dan kekhuatiran yang bukan-bukan.
Keselesaan kerana berada dalam zon asal sejak sekian lama juga dikatakan menjadi antara faktor kenapa orang takut kepada perubahan. Ini kerana orang selalu memikirkan sesuatu kemungkinan buruk di tenpat baru apabila perubahan itu berlaku. Mereka sukar menerima atau menetapkan hati bahawa kadang kala perubahan akan membawa seribu kali kebaikan.
Samalah hal ini dalam banyak cabang kehidupan. Baik politik mahupun pekerjaan. Orang-orang Melayu mahukan perubahan. Cuma kadang-kala mereka takut untuk berubah kerana dihantui kebimbangan yang bukan-bukan. Mereka selalu berkata, belum tentu tempat baru lebih selamat dari sekarang. Jadi janganlah berubah. Demikian cara berfikiran totok yang ada dalam mentaliti kebanyakan orang kita.
Selagi kita takutkan perubahan, selagi itulah kita tidak berubah. Walaupun perubahan belum tentu menjanjikan sesuatu yang lebih baik, tetapi sekurang-kurangnya perubahan menunjukkan bahawa kita semakin tidak selesa di zon yang lama ini. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk melepaskan diri daripada belenggu cerita wayang padang yang turun temurun!
DEBUS DEBUS SINGA LAUT MEMBELAH OMBAK: Berita Harian juga disarankan berubah. Kalau orang ketuk, tanda ada benda. Jangan orang tak ketuk, tanda orang tak suka. Tok Mior jangan marah.