Muhhyidin kata Khalid Ibrahim tak mampu urus isu curi pasir. Fuhhh. Dan saya tak pula kata Khalid Ibrahim itu bagus. Cuma kalau Muhyidin jujur dan ikhlas, nilailah pula Ghani Othman uruskan isu pasir dan batu kuari atau apa sahaja galian di seluruh negeri Johor. Muhyidin pun orang Johor. Mungkin dia tahu di mana letaknya Pulau Nanas.
Saya syorkan Muhyidin pergi lawat pulau itu sebab saya telah lama tak ke situ. Mungkin ada atau mungkin tidak ada lagi pulau Nanas dalam peta negeri Johor. TPM boleh lihat sendiri. Kalau di Selangor kata korek sehingga empat tingkat rumah, tetapi pulau Nanas dikorek dalamnya boleh membina 12 tingkat pangsapuri. Itu telah berlaku sejak 1998.
Kalau betullah pasir dicuri di Selangor, saya rasa ada maaf lagi. Pertama yang tinggal kini hanya sedikit, sisa-sisa perompakan sejak berbelas tahun lalu. Ketika itu bukan PR menerajui Selangor. Yang kedua, pasir itu tak sampai ke Singapura. Berbanding batu yang dikorek di Pulau Nanas. Semua kapalnya menghala ke arah sebuah negara jiran.
Berdasarkan pengalaman saya meninjau pulau itu bersama beberapa anggota PGA pada tahun 1999, saya rasa itulah pengalaman perampokan hasil galian terburuk dan terkejam dalam sejarah Johor. Saya siarkan dalam akhbar ketika itu. Orang politik usahkan berminat untuk bertanya, pergi pun tidak ke tampat mangsa perampokan galian di pulau berkenaan.
Inilah sebenarnya realiti wahai YAB Timbalan Perdana Menteri. Politik kadang kala zalim kepada rakyat. Kalau ia menguntungkan sebelah pihak yang berkepentingan, ia akan dikatakan harum bak bunga. Kalau tidak, semuanya najis. Sebab itu jangan hairanlah, orang-orang yang pernah menyokong UMNO SEPERTI SAYA, terasa seperti kesal dan hiba!